TAHNIAH SAFAWI penampilan pertama dengan pasukan portimonense sc U23


TAHNIAH SAFAWI penampilan pertama dengan pasukan portimonense sc U23
Penyerang prolifik kebangsaan, Safawi Rasid mungkin menjadi pertaruhan Portimonense SC dalam misi membenam CS Maritimo pada aksi Primeira Liga di Estadio dos Barreiros, malam esok.

Spekulasi itu diperkuatkan dengan laporan portal bola sepak Portugal, A Bola melaporkan pemain berusia 23 tahun itu menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika sesi latihan sekali gus berkemungkinan boleh disenaraikan pada aksi berkenaan.


"Safawi Rasid yang dipinjamkan daripada Johor FC mengagumkan pada sesi latihan dan dijangka menjadi antara pertaruhan jurulatih, Paulo Sergio untuk aksi bertemu CS Maritimo di tempat lawan.

"Safawi mula menjalani latihan sejak minggu lalu dan berada dalam rentak yang kompetitif memandangkan dia sudah beraksi dalam liga di negaranya sebelum ini.

"Dia tampak menyesuaikan diri dengan baik dan gigih memburu peluang untuk bersama pasukan," kata portal bola sepak tempatan itu.

Sebagai rekod, Portimonense ketika ini menghuni tangga ke-16 dan akan bertemu CS Maritimo yang ketika ini berada di tangga kelima di mana pasukan itu turut memiliki seorang lagi pemain dari Asia Tenggara iaitu Faiq Jefri Bolkiah yang juga anak saudara Sultan Brunei.

Sementara itu, prospek untuk Safawi diberi peluang membuat penampilan pertama di bumi Eropah terus menyala selepas Sergio mengesahkan semua pemain tidak berdepan masalah untuk diturunkan kecuali dua bintangnya yang mengalami kecederaan.

"Hanya dua pemain tidak dapat diturunkan untuk menentang CS Maritimo iaitu Fahd Moufi yang berdepan kekangan dari segi fizikal dan Emmanuel Hackman yang baru menjalani pembedahan hernia.

"Kita memanfaatkan masa yang ada untuk bekerja keras dan memperbaiki beberapa aspek selain memastikan pemain yang baharu tiba dapat menyesuaikan diri dengan pasukan ini.

"Saya rasa pasukan ini semakin berkembang, keazaman mereka lebih tinggi dan keyakinan mereka juga bertambah," katanya seperti yang dilaporkan tvi24.