Pintu Masjid Nabawi Sudah Dibuka, Jemaah Penuh Solat Ikut SOP

Pada minggu lalu, Pihak Kerajaan Arab Saudi telah memaklumkan bahawa ibadah haji dan umrah akan kembali dibuka buat umat Islam.
Sebelum ini, Kota Mekah dan Madinah terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk mengelakkan sebarang penularan pendemik Covid-19 yang melanda.

Pintu pagar dibuka

Menerusi Facebook, dapat dilihat pintu Masjid Nabawi telah kembali dibuka oleh petugas masjid bagi menyambut kembali kedatang umat Islam untuk menunaikan ibadah haji & umrah di kota suci itu.

Patuhi SOP penjarakkan sosial

Menerusi muat naik di Facebook juga, para jemaah dilihat tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat di masjid tersebut bagi meraikan pembukaan Masjid Nabawi.
Mereka bersolat dengan memakai penutup mulut serta mengamalkan jarak yang ditetapkan bagi mengelak sebarang sentuhan berlaku.
Pemandangan indah tersebut begitu menyentuh hati kerana selepas hampir beberapa bulan ditutup untuk orang luar, masjid yang menjadi kerinduan seluruh umat Islam di atas muka bumi ini kembali dibuka untuk beribadah.
Pihak Masjid Nabawi juga turut memaklumkan pintu masuk yang dibuka kepada jemaah dan pintu yang masih ditutup untuk laluan bagi memudahkan pengunjung mengetahui jalan untuk memasuki tempat suci itu.